Rawatan Islam Ruqyah
Konsep rawatan islam merupakan rawatan yang hanya berusaha merawat pesakit yang mengalami pelbagai penyakit menggunakan kaedah ayat-ayat al-quran dan hadis nabi yang sahih sahaja. Merawat menggunakan rawatan islam ini lebih diyakini dan benar berbanding dengan rawatan dukun dan sebagainya. Kini ramai orang (ahli perubatan) yang mula mendalami dan mempelajari teknik-teknik dan cara perawatan rawatan islam ini.
Kadangkala masalah gangguan makhluk halus, sihir dan sebagainya akan menganggu kehidupan seseorang pesakit. Mereka memerlukan rawatan yang sebetulnya untuk dipulihkan. Rawatan islam untuk merawat masalah gangguan makhluk halus, sihir dan sebagainya akan menggunakan perawatan menggunakan ayat-ayat ruqyah. Ayat ruqyah dalam rawatan islam merupakan ayat-ayat suci al-quran dan hadis-hadis nabi yang soheh akan digunakan untuk proses rawatan.
Pesakit yang mengalami gangguan ini haruslah disemak kembali pegangan dan akidahnya terhadap agama Islam ini. Harus juga diselidiki akan pegangan tauhidnya. Penting untuk dibetulkan segala pegangan akidah dan tauhidnya terhadap Allah dan Nabi Muhammad SAW.
Ciri-ciri Rawatan Islam
1. Merawat penyakit menggunakan Al-Quran dan Doa (Ruqayyah)
Perubatan berkonsepkan Islam menjadi lebih nyata dan ketara apabila si perawat menggunakan Al-Quran dan doa-doa yang diwariskan oleh nabi Muhammad (s.a.w) di dalam rawatannya. Sebenarnya penggunaan ayat-ayat Al-Quran di dalam merawat pesakit ada disarankan di dalam Al-Quran seperti maksud ayat ini: “Dan kami turunkan sebahagian dari Al-Quran (ayat-ayat) sebagai penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. (Isra 18)”

2. Mengakui penyakit dan kesembuhan adalah datangnya dari Tuhan maha pencipta.
Penyakit datangnya dari Allah untuk menguji keimanan hamba-hambanya. Di dalam Al-Quran, Allah menyatakan kepada kita dengan jelas bahawa Dia menguji keimanan Nabi Ayub dengan mendatangkan satu penyakit kulit yang ganjil untuk menguji keimanan beliau. Mengikut sesetengah tafsir, Iblis laknatullah mencabar Allah (s.w.t) untuk menguji keimanan Nabi Ayub dengan kesengsaraan kerana pada pandangan Iblis, Nabi Ayub beriman kerana dia telah dianugerahkan Allah dengan kesihatan yang baik dan rezeki yang banyak. Iblis berhujah sekiranya Allah menjadikannya miskin dan sakit, nescaya Nabi Ayub akan marah dan kufur kepada Allah (s.w.t). Ternyata dakwaan Iblis melesit sama sekali. Keimanan Nabi Ayub menjadi semakin hebat dengan ujian tersebut.

Di dalam Al Quran Allah ada berfirman “Apabila aku sakit, Allah yang menyembuhkan”. Ini adalah dalil yang cukup kuat menunjukkan bahawa Allahlah yang menyembuhkan segala penyakit. Rawatan dan ubat-ubatan yang kita ambil hanyalah sebagai ikhtiar secara zahir yang dituntut oleh Allah untuk kita lakukan. Namun hakikatnya, Allah jualah yang menyembuhkan penyakit kita.
3. Mengakui setiap penyakit ada ubatnya melainkan maut.
Nabi Muhammad (s.a.w) ada bersabda yang membawa maksud “Setiap penyakit ada ubatnya” dan “Tetaplah (amalkanlah) kamu dengan habbatus sauda (Nigella Sativa) kerana di dalam terdapat penyembuh bagi segala penyakit kecuali maut”.

Hadith-hadith di atas membawa maksud setiap penyakit boleh dirawat sehingga sembuh, tak kiralah samada ianya HIV, kanser, H1N1 atau apa-apa jenis penyakit sekalipun. Mereka yang berpendapat bahawa penyakit kanser tidak ada penawar sebenarnya tidak berpegang kepada konsep perubatan Islam. Orang-orang yang sebegini akan mudah berputus asa, menyebabkan syaitan-syaitan dengan mudah dapat menguasai mereka. Kehadiran syaitan di dalam tubuh badan mereka akan menyebabkan penyakit mereka akan menjadi bertambah parah.
4. Kaedah rawatan dan perubatan mestilah tidak bercanggah dengan hukum-hukum asas Islam (syariat).
Kaedah rawatan penyakit paling biasa diamalkan di kalangan masyarakat tradisional Melayu ialah menyeru semangat-semangat dan ruh-ruh orang yang telah mati bagi memohon menyembuhkan sesuatu penyakit. Kaedah ini amat jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menyuruh kita memohon kesembuhan dari Allah s.w.t. Kaedah lain yang diamalkan, juga bertentangan dengan ajaran Islam ialah merawat penyakit dengan menggunakan pertolongan makhluk halus yang dipanggil dengan pelbagai gelaran seperti orang bunian, jin dan sebagainya.

Juga tidak dikatakan mengikut perundangan Islam apabila ubat-ubatan yang digunakan adalah tidak halal atau halal tetapi tidak baik (syubhah). Ubat-ubatan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada tubuh badan seperti dadah tidak mendapat tempat dalam rawatan Islam. Ia boleh digunakan untuk jangka masa pendek atau dalam keadaan darurat sahaja. Umum mengetahui kesan negatif dadah terhadap tubuh manusia amatlah menjengkelkan.
Pelbagai teknik, cara dan kaedah untuk rawatan islam ini. Antara teknik, cara dan kaedah untuk rawatan islam ialah menggunakan ayat ruqyah.
Ayat-ayat ruqyah dibawah boleh dipasang dan selalu dengar untuk merawat masalah yang dihadapi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan