Tetapi jarang kita mendengar tentang rawatan bekam wajah. Pelbagai persoalan bermain di fikiran apabila bercakap mengenainya. Mungkin ada rasa ngeri..takut..dan macam2 lagi perasaan digambarkan
Menurut seorang Ustaz Perawat Pusat Syifa, perkhidmatan bekam wajah tidak perlu mengambil masa begitu lama, memadai dalam beberapa minit sahaja dan darah tersebut akan berhenti. Jika dibiarkan melebihi masa tertentu itu akan menyebabkan kulit muka menjadi 'blister' atau melepuh/melecur dan kelihatan hitam! Kesan tersebut akan sukar hilang memerlukan lebih dari seminggu.
“Sebenarnya rawatan bekam tidak begitu popular tetapi bagus untuk mereka yang mempunyai masalah migrain, resdung, sakit kepala, kulit kusam yang tidak berseri,pucat, lesu dan jerawat.
“Keunikan bekam wajah ini ialah ia dihala terus ke bahagian muka yang mempunyai darah kotor, jerawat, bintik2 hitam/putih dan nanah” ujarnya.
Tambahnya, pelanggan tidak perlu risau akan kesan parut pada wajah selepas proses pengeluaran darah kotor kerana ia akan hilang dalam masa dua atau tiga hari selepas itu jika dibekam dengan teknik yang betul.
“Toksin selalunya akan berkumpul di hujung kulit dan urutan itu bertujuan memudahkan toksin atau darah kotor dikeluarkan melalui proses bekam angin atau bekam darah.
“Jumlah cup bekam yang digunakan di beberapa bahagian muka seperti dagu, dahi dan pipi bergantung kepada keadaan fizikal dan tahap kesihatan pelanggan,”
Penyembuh
Ujarnya, rawatan bekam wajah biasanya dilakukan dalam tempoh singkat. Seelok-eloknya dilakukan sebulan sekali atau dua minggu sekali bagi mendapatkan kesan lebih ketara.
“Selain bagus untuk kesihatan, bekam wajah juga dapat membantu menaikkan seri wajah terutamanya pada bakal pengantin.
“Ada juga pelanggan yang mempunyai masalah jerawat yang teruk mencuba rawatan bekam wajah ini dan alhamdulillah masalah jerawatnya berkurangan sebanyak 50 peratus selepas menjalani dua sesi rawatan.
“Kebanyakan pelanggan berpuas hati dengan kaedah ini kerana ia dapat mengurangkan masalah di muka dan kepala,” katanya yang turut melakukan bekam wajah setiap bulan.
SELAMAT MENCUBA.. JOM BEKAM
010-8802154 / 010-4335323
Tiada ulasan:
Catat Ulasan